Iktibar Dari Sejarah: Prof. Hamka Menegur Sang Mufti #2
Tuduhan Mufti Johor di dalam akhbar Semenanjung:
Pada tahun 1956, Mufti Johor telah membuat berita bahawa golongan kaum muda memakai fatwa Ahmadiyah.
Teguran Prof. Hamka:

Pada masa yang sama, golongan "mainstream" bekerja keras menuduh mereka sebagai kaum muda berfahaman Muktazilah dan Khawarij.
Pada tahun 1933, Sheikh Hassan Bandung telah berdebat dengan tokoh Ahmadiyah dan hujah-hujahnya sangat dihargai oleh seluruh pencinta Islam termasuk golongan mainstream (kaum tua) - kecuali-lah Mufti Johor!
Tulisan-tulisan dan buku-buku Hassan Bandung mengenai Ahmadiyah masih boleh didapati, maka terserahlah kepada orang ramai untuk menilai siapa di antara kami yang pendusta!
Saya yakin Mufti Johor bukanlah seorang fasiq! Benarkah Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad seorang yang berpegang kepada kewajipannya sebagai mufti?
Iktibar Dari Sejarah:
"Those who cannot learn from history are doomed to repeat it."
- Golongan yang tidak mengambil iktibar dari sejarah hanya akan mengulanginya
Tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap golongan yang ingin menilai dan melihat Islam dipegang atas dasar ilmu yang benar bukanlah sesuatu yang baru.
Golongan agama mainstream sejak dahulu lagi memusuhi pihak-pihak yang mengajak kepada ilmu kerana kejahilan mereka, kerana sikap taksub mereka terhadap sebahagian amalan dan kerana kepentingan-kepentingan peribadi.
Salah satu dari strategi untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti golongan pembaharu ini ialah dengan cara memfitnah dan melabel dengan pelbagai nama dan cemuhan yang tidak berasas.
Pada zaman sekarang, banyak sekali contoh fitnah dan cemuhan terhadap segolongan yang difitnah sebagai pengganas. Sebagai contoh, keratan akhbar Berita Harian Singapura di bawah beberapa hari yang lalu dengan sikap sambil lewa melemparkan tuduhan sedemikian kepada golongan salafi.

Tetapi, begitulah lumrahnya apabila golongan cendekiawan Islam yang diangkat dan disanjung adalah dari kalangan mereka yang bertaqlid buta dengan sumber-sumber Barat, lalu menjadi golongan yang menzalimi umat sendiri akibat kejahilan mereka terhadap agama dan kerana kepentingan-kepentingan peribadi.
Ini semua bukanlah perkara baru. Sejarah sedang berulang, dan alangkah hinanya apabila golongan orang awam termakan fitnah sedemikian akibat kemalasan mengkaji dan menilai.
Semoga Allah memberi kami Taufiq dan HidayahNya untuk menilai antara yang haq dan bathil.